Friday, December 5, 2008

Kemunculan 'ahli' baru di Syahrin & Co.

04 Dis 2008 (Khamis), Petaling Jaya - Seorang 'ahli' baru bakal menyertai barisan staf Syahrin & Co. untuk musim 2008/2009 ini. Beliau telahpun selesai menjalani proses temuduga pada hari ini dengan jayanya. Insya'Allah, beliau akan memulakan kerjayanya pada bila-bila masa dalam bulan Disember ini. Kemasukan beliau boleh disifatkan sebagai 'on time' berikutan Fazri yang sedang menghitung hari untuk menuggu kelahiran anaknya sekaligus akan bercuti panjang dalam bulan yang sama. Siapakah beliau? Nantikan entri yang akan datang untuk jawapannya.
dfsgsdfgsdfg
Dalam perkembangan yang berasingan, Syahrin & Co. akan mengadakan aktiviti riadah iaitu bermain badminton di dewan. Aktiviti ini dijangka akan dilangsungkan dalam masa terdekat. Ia dibuka kepada semua staf, ex-staf dan client yang sudi menyertai aktiviti ini. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Fakhrul sebagai penganjur aktiviti.

0 comments:

Wednesday, November 19, 2008

Kenduri Kahwin Nurul Baiti & Saiful Adli

16 Nov 2008 (Sabtu), Trolak - Perjalanan selama hampir dua jam ke Felda Trolak Selatan terasa singkat apabila kami sempat melihat mempelai dua sejoli, Nurul Baiti & Saiful Adli berarak ke pelamin. Antara yang hadir pada majlis serba meriah ini ialah Fazri & Ayu, Rezal, Su & Muiz, Fakhrul dan bos sendiri, En. Syahrin, Pn. Mastura & Iman Haikal. Dilaporkan Afaq, Mia & Naufal juga hadir tetapi agak lewat sedikit memandangkan mereka baru pulang dari percutian keluarga di Cameron Highland (mungkin check-out lambat agaknya).

Sampai-sampai je kami terus isi perut dulu akibat kelaparan. Lihat saja pinggan Fazri - sampai 3!

Nurul Baiti yang baru sahaja kehilangan title 'cik' mencium tangan suaminya, Saiful Adli sebagai simbolik bermulanya alam berumahtangga (boleh jugak kalau nak cakap berakhir zaman bujangnya).


Untuk mengelakkan make-up lari, Nurul Baiti cuba meng'cover' gelaknya sambil dipimpin suaminya yang tampak tenang dan bersahaja (dalam hati dia Tuhan je yang tahu).

Bergambar bersama pengantin di meja 'makan beradab'. Kelihatan Fakhrul seperti tidak tenang akibat udang berempah yang di'aim' dari tadi berada sangat hampir dengannya.

0 comments:

Monday, November 17, 2008

Trip To Bukit Tinggi

8 Nov 2008 (Sabtu), Bukit Tinggi - Staff Syahrin & Co. telah mengadakan 'mini trip' ke Bukit Tinggi sebagai rehersal untuk percutian yang lebih besar dan mencabar untuk penggal 2008/2009. Walaubagaimanapun trip kali ini hanya disertai oleh beberapa ahli staff dan keluarga masing-masing sahaja. Pun begitu, keseronokan di sini dilaporkan masih boleh dianggap seronok. Keseronokan ini dapatlah digambarkan oleh gambar-gambar tersebut:-


Kelihatan Fazri sedang cuba meng'sms' Afaq yang tengah on the way dari Sg. Buloh di BHP Gombak.

Kegembiraan jelas terpancar sewaktu berada di Rabbit Park.

Afaq yang sedang memikirkan method terbaik untuk approach tokey Colmar Resort supaya jadi client Syahrin & Co. sambil menghirup kesegaran udara Bukit Tinggi.


Mia sedang sungguh-sungguh cuba memahamkan lawak Badut Colmar yang agak mengelirukan orang ramai.

Rezal, Su & Muiz tersenyum sinis apabila sekadar cuba mengambil hati si Badut Colmar yang dari mula persembahan tidak mendapat sambutan yang diharapkan.

Naufal yang keletihan enggan melepaskan kipas saktinya meskipun telah dipujuk oleh ibu bapanya sendiri.































0 comments: