Saturday, March 1, 2014

Bandung - Family Day Syahrin & Co. 2014 [Part 1]


Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Tibalah saat yang dinanti-nantikan bagi seluruh Warga Syahrin & Co. iaitu Family Day Syahrin & Co. dan destinasi kali ini memerlukan perjalanan di atas Udara. Sangat teruja bagi sesiapa yang belum pernah merasai pengalaman naik Flight. Thanks Air Asia, now everybody can fly..


Alhamdulillah.. kami selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Husen Sastranegara dalam pukul 9.30pagi. Kami disambut mesra oleh Tourist Guide kami iaitu Benkbenk serta diiringi Abg Ucop dan Pemandu bas.




Dalam perjalanan kami ke Destinasi Pertama, kami diberi penerangan sedikit dari Benkbenk mengenai cara hidup di Indonesia, pertukaran wang serta penerangan mengenai budaya warga Bandung, Indonesia.










Tiba di Destinasi Pertama iaitu Kopo dimana ianya adalah Kilang Kain pasang, telekung, batik, sarung dan sebagainya. Menurut Benkbenk, Kopo menawarkan harga yang lebih rendah dari Pasar Baru kerana Kopo ialah Kilang Kain sebelum dihantar ke Pasar Baru. Rambang mata dibuatnya. Terlalu banyak pilihan kain pasang serta telekung. Kaum hawa memang tak lepaskan peluang untuk membeli-belah.





Destinasi Kedua kami ialah Jalan Cibaduyut. Trademark atau Icon bagi Cibaduyut ini ialah struktur Kasut Besar di tepi jalan utama sangat menarik perhatian pengunjung. Jalan Cibaduyut ini terkenal dengan Kasut, Beg, Jaket serta Pakaian yang berpatutan harganya.









Penat sudah ke 2 destinasi, kini kami ke Destinasi seterusnya bagi mengisi perut kami yang berdendang sayang ni. Hihi.. Restoran Mitra Sederhana Pasteur merupakan Restoran Padang yang menyediakan Nasi Padang. Sangat menyelerakan. Selepas makan, kami berehat dan solat sebelum ke destinasi yang seterusnya.












Siapa tak kenal kan Pasar Baru Trade Center. Pusat membeli belah yang terkenal di Bandung dengan harganya yang murah dan barangan yang pelbagai. Sangat sesuai bagi Bride-to-be untuk mencari barang-barang serta persalinan perkahwinan. 










Setelah beberapa jam di Pasar Baru, kami meneruskan serta mengisi lagi perut kami di satu restoran iaitu Praoe.













Shopping & Window shopping dah. Makan pun dah. Kini tiba masanya untuk Check In di Hotel. Golden Flower Hotel yang terletak berhampiran Pasar Baru. Jalan kaki je dah sampai Pasar Baru. Penatnya.. kita sambung esok ya. ^_^





0 comments: