Monday, December 14, 2009

Hari Raya Korban & Korban Kasih Marlisa


27 Nov 2009, Jumaat - Umat Islam di seluruh Dunia menyambut Hari Raya Aidil Adha pada hari ke10,11,12 dan 13 Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan takbir Aidil Adha pada malan 10 Zulhijjah diikuti dengan solat sunat Aidil Adha pada pagi 10 Zulhijjah.

Seterusnya ibadah korban bermula selepas khatib menyampaikan khutbah pada siang hari 10 Zulhijjah dan boleh juga dilakukan ibadah korban pada 11,12 sehingga sebelum tenggelam matahari pada 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Pada malamnya pula, Stesen TV3 telah menayangkan didalam slot Cerekaramanya drama bertajuk "Korban Kasih Marlisa". Antara pelakon yang membintangi drama ini ialah Umie Aida, Awal Ashaari, Tizz Zakiah, Dato Rahim Razali dan Aida Radzwill. Ceritanya berkisar kepada pengorbanan Marlisa yang sanggup "mengorbankan" kepentingan dirinya demi untuk kebahagiaan orang lain.

Sebenarnya apa yang hendak di"highlightkan disini" bukannya kisah cerekarama tu..tetapi si penulis skripnya iaitu Mohd Rizlan Khuzaimi..(member sekolah En. Syahrin). Semoga aktif untuk menghasilkan lebih banyak skrip-skrip drama / filem bermutu pada masa akan datang..kalau rasa nak pelakon tambahan..kat Syahrin & Co. ada ramai calon sesuai...watak hero + heroin sahaja..watak lain kami tak mau..kalau rasa nak buat syarikat Sdn. Bhd.. Syahmas Management boleh tolong uruskan..haha..

Moralnya disini.. dimana ada kemahuan..disitu ada jalan .. janji kena sanggup berkorban untuk mencapai MATLAMAT.

0 comments: