Monday, November 23, 2009

Kejohanan Paintball Terbuka PROLINTAS 2009


21 Nov 2009 Sabtu, Subang Jaya Satu kejohanan Paintball terbuka PROLINTAS telah diadakan di TT Sports Subang Jaya.

En. Syahrin bersama-sama dengan En. Amrul Hisyam telah menyertai kejohanan kali ini diatas tiket syarikat DANA INTELEK SDN. BHD. Walaupun ini adalah pertama kali kami memegang "marker" nama lain untuk senapang (didalamnya ada peluru bersaiz sebiji guli & berwarna-warni) namun kami "buat-buat terror" sahaja masuk ke gelanggang dan menghadapi saingan dari pihak musuh (team-team yang sememangnya terror).

Kejohanan berlangsung dengan jumlah pasukan yang mengambil bahagian dianggarkan sekitar 42 pasukan. Setiap kumpulan terdiri daripada 6 buah pasukan dan dijalankan secara "round robin". Setelah 3 kali tewas (habis lebam-lebam satu badan) kami pun mengambil keputusan untuk balik awal..(letih dah tua-tua nak main tembak -tembak dengan budak-budak ni..) walaupun ada tiga lagi game untuk dihabiskan.

Moral of the story..elok juga kalau satu hari nanti Firma Syahrin & Co. mengadakan pertandingan paintball seperti ini kerana ianya dapat melepaskan tension ( best bila tengok ada mamat kena keluar lepas kena tembak dengan kita) dan seterusnya dapat mengeratkan silaturrahim antara kita.

Bila lagi nak lepas tension tembak boss betul tak?

2 comments:

Thursday, November 19, 2009

SEMINAR MEMULAKAN PERNIAGAAN 2009/2010

Satu Seminar Memulakan Perniagaan bakal diadakan di Desa Melawati pada 05,12,19,26 Disember 2009.

Seminar berkisarkan tentang overview memulakan perniagaan bagi bakal-bakal usahawan atau usahawan sedia ada untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dalam bidang keusahawanan. Seminar ini juga terbuka kepada sesiapa yang berminat.

Seminar akan disampaikan oleh En. Syahrin sendiri sebagai seorang yang berpengalaman dalam bidang keusahawanan dan kewangan.

SEMINAR MEMULAKAN PERNIAGAAN 2009/2010

Penganjur: ACCESS BOUNDARY SDN BHD
Tarikh: 05/12/2009, 12/12/2009, 19/12/2009 & 26/12/2009
Masa: 09.30am - 01.30pm
Tempat: Desa Melawati
Yuran: RM60/pax

TERHAD KEPADA 20 PESERTA SAHAJA!

Jangan lepaskan peluang ini.
'KEPUTUSAN HARI INI MENENTUKAN HARI ESOK ANDA'

Berminat?
Sila hubungi 03-7724 1997
@ e.mail ke accessboundary@yahoo.com

0 comments:

Tuesday, November 17, 2009

Learn The Art of Deal Making

Deals are great. Deals make you money. Simple deal making skills will serve you time and time again. You need to learn to be bold, to ask for more, to trade what you have for what you want.

Kyle MacDonald from Montreal, Canada traded his way from one single red paperclip to a house in the space of nine months.

* He launched his website offering to swap his one red paper clip for anything
* He swapped it for a green pen in the shape of fish
* He swapped this for a smiley face doorknob
* He swapped this for a portable barbeque
* He swapped this for a portable generator
* He swapped this for an instant party pack and keg of beer
* He swapped this for a snowmobile
* He swapped this for a trip to British Columbia
* He swapped this for a truck
* He swapped this for a recording contract
* And finally he swapped this for a house in Phoenix, Colorado - admittedly only a year's lease but hey....

Eleven steps. Eleven little deals. Not bad. He says he is going to keep going until he owns a house. That's deal making!

So, lessons to be learnt from Kyle:

# Never say you haven't got anything to start with
# Always be open to opportunities
# Be adaptable and flexible
# Have a goal
# Work diligently
# Network like mad
# Take advantage of free publicity

"The Rules of Wealth - Richard Templar"

0 comments:

Monday, November 16, 2009

Misi Dagang DPMM Putrajaya


12 November 2009 (Khamis) Putrajaya Satu mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (Putrajaya) telah diadakan pada pukul 11.am di pejabat DPMM Precinct 9 Putrajaya.

Hasil daripada perbincangan tentang isu-isu yang berkaitan dengan hala tuju dan visi perniagaan orang Melayu khususnya, En Syahrin telah menyarankan agar satu taklimat diadakan oleh DPMM Putrajaya untuk memberi penerangan kepada ahli-ahlinya tentang perkembangan terkini aktiviti Dewan.

Dengan itu pihak Jawankuasa Pengurusan DPMM Putrajaya telah mengambil keputusan untuk mengadakan "Hari Bersama Ahli - Misi Dagang DPMM Putrajaya : Peluang & Cabaran" pada 21 November (Sabtu), masa 9.00am - 12.30pm. Sebarang maklumat lanjut bolehlah melayari website http://dpmmptj.org.my/

Sesiapa yang berminat bolehlah mengambil peluang ini untuk mendengar sendiri taklimat daripada En. Zaidi (Setiausaha Kehormat) tentang misi dagang ini dan hala tujunya termasuk berpeluang untuk menanyakan sendiri sebarang soalan jika terdapat sebarang kemusyikilan.

0 comments:

Sunday, November 8, 2009

Seminar Bajet 2010


4 November 2009, Rabu bertempat di Dewan Tun Dr. Ismail, PWTC telah berlangsungnya Seminar Bajet 2010 anjuran PERSATUAN AKAUNTAN PERCUKAIAN MALAYSIA.

Syahrin & Co. telah diwakili oleh En. Syahrin, En. Muaffaq dan Cik Naziana untuk bersama-sama dengan wakil cukai, akauntan, auditor, setiausaha syarikat dan "practitioners" yang lain mendengar kupasan dan komentar dari panel-panel yang berpengalaman mengenai Bajet 2010 seperti yang telah dibentangkan oleh PM baru-baru ini.

Antara topik yang menarik ialah Bajet 2010 dari perspektif Ekonomi, Cadangan berkaitan Cukai Langsung dan Insentif Cukai, Isu berkaitan Cukai Tak Langsung dan isu GST. Disamping itu diadakan juga dialog isu cukai semasa yang antara lain panelnya terdiri daripada wakil Kementerian Kewangan Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan wakil dari Ernst & Young Tax Consultants S/B.

Majlis telah dirasmikan oleh Y.B Timbalan Menteri Kewangan II iaitu Senator Datuk Dr. Awang Adek B. Hussin.

Secara keseluruhannya seminar ini telahpun mencapai objektifnya dan sedikit sebanyak telah memberikan gambaran lebih jelas tentang sebarang isu dan perubahan yang mesti di kemaskini oleh Agen Cukai khasnya.

Isu berkaitan dengan RPGT (Cukai hartanah) yang baru diperkenalkan semula dan Interest charges RM50 untuk setiap keping Kad Kredit juga telah mendominasi seminar kali ini.

Diharap agar pada masa hadapan Firma Syahrin & Co. akan meneruskan penghantaran wakilnya ke seminar Bajet seperti ini agar ianya dapat meningkatkan lagi kualiti dan tahap pemahaman staff dan seterusnya meningkatkan mutu kerja dan memberikan servis yang terbaik kepada setiap pelanggannya.

Amin

0 comments:

Tuesday, November 3, 2009

Usaha sama antara Syahrin & Co. & Orbit Teguh S/B


30 October 2009, (Jumaat) - En. Syahrin telah di pelawa oleh syarikat Orbit Teguh Sdn. Bhd. sebuah syarikat berdaftar dengan Kementerian Kewangan (Bidang Tenaga Pengajar & Seminar) untuk menjadi salah seorang daripada tenaga pengajar / penceramah dibawah lambang syarikatnya.

Ini merupakan satu penghormatan dan peluang yang baik kepada Syahrin & Co. memandangkan Syarikat Orbit Teguh Sdn. Bhd. telahpun menjalankan kursus - kursus merangkumi pelbagai bidang pengkhususan antaranya bidang keusahawanan dan motivasi pelajar IPTA & IPTS dan sering mendapat jemputan dari pihak Jabatan Kerajaan, GLC's mahupun swasta.

Semoga Firma Syahrin & Co. akan dapat menganjurkan seminarnya sendiri seperti yang diimpikan oleh En. Syahrin pada masa hadapan.

Amin.

0 comments: