Sunday, March 2, 2014

Bandung - Family Day Syahrin & Co. 2014 [Part 4]


Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Hari keempat, bererti hari terakhir bagi kami menjejakkan kaki
di tanah Bandung. Sedihnya.. sebab pengalaman di Bandung ini sangat berharga.. Kami berkumpul di Lobi pada pukul 12 tengahari sementara menunggu Benkbenk dan rakan-rakan menjemput kami.















Sebelum ke Rumah Mode, kami makan tengahari di Rumah Sederhana Nasi Padang.. Keunikan Nasi Padang ini adalah semua lauk akan dihidangkan dihadapan kita.. Dan kita kena decide nak sentuh yang mana.. One Touch Consider Eat.. chewah.. hihi.. After kenyang mengisi perut.. kami ke Destinasi Seterusnya iaitu Rumah Mode.
















Selepas kami ke Rumah Mode, kami ke Kartika Sari yang terkenal dengan Brownies.. Memang sedap.. lagi-lagi Brownies Kukus dan Pisang Bollen.





Akhirnya.. tamatlah destinasi Family Day kami di Tanah Bandung.. dalam pukul 3 lebih.. kami dihantar pulang oleh Benkbenk ke Bandara Husein Sastranegara Bandung.. Sedih, penat dan seronok.. 

Pertama sekali, kami mengucapkan Ribuan, Jutaan terima kasih buat majikan kami, En Syahrin dan Puan Mastura kerana sudi menaja dan membawa kami merasai nikmat percutian di Tanah Bandung. Kami sangat menghargainya.. Selamat Tinggal Bandung.. ada masa.. ada rezeki..kita berjumpa lagi.. In Sha Allah.. ^_^











0 comments:

Saturday, March 1, 2014

Bandung - Family Day Syahrin & Co. 2014 [Part 3]


Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Hari ketiga kami adalah Hari Free & Easy.. huhu.. time ni ada group yang ke Jalan Riau. ada yang ke Yogya.. dan gambar kat bawah ni adalah Jalan Riau.. Jalan Riau ni terkenal dengan Factory Outlet. 

































Di tepi jalan Riau ni.. terdapat banyak kedai-kedai kecil di tepi jalan yang menjual Pisang Cheese serta Ais Krim Durian. Memang sedap dan sangat sesuai dinikmati sewaktu cuaca panas.

Kesukaran kami ketika selesai berjalan di Jalan Riau ini adalah pengangkutan. Mengambil masa yang agak lama untuk dapatkan 3 buah teksi Bluebird (Teksi yang menggunakan meter dan murah dari yang lain).. Tapi Alhamdullilah.. setelah beberapa jam.. kami selamat sampai ke hotel.







Selepas tiba di Hotel.. kami bercadang untuk ke Pasar Baru tapi sebelum itu, kami nak isi perut dulu di Warung Ampera berhadapan dengan Pasar Baru.. Nasi Campur yang sangat terkenal dengan kesedapan.. Sedap dan Murah..

Cuma pesanan pemandu teksi kepada kami ialah berhati-hati kerana banyak pencopet disitu menggunakan pisau. Kami mengambil keputusan untuk ke Warung Ampera dan Pasar Baru tanpa membawa sebarang beg bagi langkah keselamatan.








Selepas selesai dengan aktiviti masing-masing.. kini tiba pula pengumpulan kesemua ahli rombongan yang bertempat di Bilik Orang Bujang. Bilik siapa lagi kalau bukan Bilik Zharif.. hihi.. Mini Jamuan kami bermula dengan sajian KFC Indonesia.. yang unik nya KJC disini menyediakan satu sup ayam.. Sedap.. Selepas makan, kami teruskan ke aktiviti seterusnya iaitu Tukar-tukar hadiah.. 

































Selepas tukar-tukar hadiah ini ada sesi orientasi yang diketuai oleh En Syahrin. Staf-staf memperkenalkan diri masing-masing dengan lebih dalam.. asal usul.. pengalaman dulu.. Seronok dapat berkumpul seperti ini.. Rapatkan silaturrahim sesama warga Syahrin & Co. Tapi kesedihan still ada bila mengenangkan esok kami akan meninggalkan Bandung. Sob sob..

0 comments: