Sunday, December 20, 2009

Aqiqah Muhammad Ammar Rayyan Bin Mohd Fazri

19 Disember 2009, Sabtu (Subang Jaya) - Majlis Aqiqah Muhammad Ammar Rayyan Bin Mohd Fazri telah diadakan dengan serba sederhana tapi meriah pada hari ini. Atucara majlis yang bermula pada jam 10pg, Alhamdulillah berjalan dengan lancar walaupun hujan turun dengan lebat pada sebelah petangnya.
o
Saya, selaku Tuan Rumah ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Syahrin & Co. 'members' yang hadir pada majlis tersebut. Antara yang hadir pada hari itu ialah Afaq & family, Surina & family, Baiti & family dan tak ketinggalan staf Syahrin & Co. dolu-dolu, Miss Fairuz Gurl.
o
Kehadiran anda amatlah dihargai. Syukran.
6
p/s: Biz catering ngan biz kambing nmpk cm mayshuk. Syiok tgk org2 catering.

0 comments:

Monday, December 14, 2009

Kursus Latihan Keusahawanan


5 December 2009 Sabtu, Putrajaya Satu kursus Latihan Keusahawanan anjuran Perbadanan Putrajaya telahpun diadakan di Bilik Mesyuarat 2, Kompleks Kejiranan Presint 16. Antara modul yang disediakan untuk para peserta untuk kursus dua hari ini ialah Modul 1 - Motivasi Keusahawanan (Dr. Marzuki Ibrahim), Modul 2 - Pengurusan Kewangan (En. Syahrin), Modul 3 - Pengurusan Pemasaran & Perkhidmatan (Dr. Wan Sabri Wan Husin), Modul 4 - Pengembangan Perniagaan (Wakil SME Bank), Modul 5 - Pembentukan Imej & Etika ( En. Kamarudin)

Para peserta terdiri daripada peniaga-peniaga dan usahawan di Putrajaya dan kawasan sekitarnya. Antara peserta yang mengambil bahagian termasuklah rakan kongsi "OTAI BURGER" yang telah mempunyai rakan Francais seramai 150 orang di seluruh negara. Yuran Francais yang dikenakan pula adalah RM18,000 (termasuk dengan khidmat nasihat dan bimbingan) sahaja.

Didalam modul 2 - Pengurusan Kewangan, En syahrin telah membahagikan topik kepada 4 bahagian iaitu a) Memahami Konsep Pengurusan Kewangan b) Mencapai Titik Pulang Modal (Break Even Point), Analisis Aliran Tunai dan Analisis Perbelanjaan dan Pendapatan.

Antara intipati pembentangan En. Syahrin termasuklah tentang satu pepatah berbunyi "Kewangan merupakan satu seni dan sains menguruskan wang" . Ramai antara kita tidak menyedari bahawa menguruskan kewangan merupakan satu proses seseorang individu / syarikat merancang masa hadapan didalam memenuhi matlamat peribadi / syarikat melalui pembangunan dan perlaksanaan perancangan kewangan yang menyeluruh.

Seorang CEO yang berjaya bukan hanya seorang yang faham tentang cara menyimpan rekod dan transaksi perniagaan malah mestilah seorang yang peka dengan persekitaran dan "sepak terajang" perniagaan itu sendiri. Beliau mestilah mahir didalam hal memuaskan hati pelanggan, malah mengetahui cara untuk melayani karenah birokrasi pihak yang berwajib serta pada masa yang sama memastikan kualiti produk / servis yang diberikan sentisa ditahap yang terbaik disamping kebajikan pekerja tidak diabaikan sama sekali.

Pihak Syahrin & Co. dengan kerjasama syarikat bersekutunya ACCESS BOUNDARY SDN. BHD. telahpun merancang untuk mengadakan bengkel dan kursus berkenaan tajuk "Pengurusan Kewangan" ini. Ini adalah kerana masa yang diberikan selama 2 jam untuk mengupas topik ini tempohari tidak mencukupi dan diharap agar para peserta kursus latihan ini akan dapat menyertai kurus yang dirancang didalam masa terdekat ini.

0 comments:

Hari Raya Korban & Korban Kasih Marlisa


27 Nov 2009, Jumaat - Umat Islam di seluruh Dunia menyambut Hari Raya Aidil Adha pada hari ke10,11,12 dan 13 Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan takbir Aidil Adha pada malan 10 Zulhijjah diikuti dengan solat sunat Aidil Adha pada pagi 10 Zulhijjah.

Seterusnya ibadah korban bermula selepas khatib menyampaikan khutbah pada siang hari 10 Zulhijjah dan boleh juga dilakukan ibadah korban pada 11,12 sehingga sebelum tenggelam matahari pada 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Pada malamnya pula, Stesen TV3 telah menayangkan didalam slot Cerekaramanya drama bertajuk "Korban Kasih Marlisa". Antara pelakon yang membintangi drama ini ialah Umie Aida, Awal Ashaari, Tizz Zakiah, Dato Rahim Razali dan Aida Radzwill. Ceritanya berkisar kepada pengorbanan Marlisa yang sanggup "mengorbankan" kepentingan dirinya demi untuk kebahagiaan orang lain.

Sebenarnya apa yang hendak di"highlightkan disini" bukannya kisah cerekarama tu..tetapi si penulis skripnya iaitu Mohd Rizlan Khuzaimi..(member sekolah En. Syahrin). Semoga aktif untuk menghasilkan lebih banyak skrip-skrip drama / filem bermutu pada masa akan datang..kalau rasa nak pelakon tambahan..kat Syahrin & Co. ada ramai calon sesuai...watak hero + heroin sahaja..watak lain kami tak mau..kalau rasa nak buat syarikat Sdn. Bhd.. Syahmas Management boleh tolong uruskan..haha..

Moralnya disini.. dimana ada kemahuan..disitu ada jalan .. janji kena sanggup berkorban untuk mencapai MATLAMAT.

0 comments:

Monday, December 7, 2009

Tax moves to make before Jan 1

Checklist of supporting receipts to be kept for the possibility of a personal tax audit (personal reliefs / rebate):-

1. Parent's medical expenses (max RM5,000)

2. Annual health check. Medical check-up for the taxpayer, spouse and children (max RM500)

3. Life insurance / EPF contribution (max RM7,000 - YA 2010 onwards)

4. Insurance premium for education or medical benefits (max RM3,000)

5. Fees for acquiring technical, vocational, industrial, scientific, technology, law, accounting, Islamic financing skills or qualifications at the tertiary or postgraduate level (max RM5,000)

6. Purchase of books, journals, magazines and other similar publications (max RM1,000)

7. Purchase of computer (max RM3,000 - once every 3 years)

8. Skim Simpanan Pendidikan Nasional (max RM3,000)

9. Purchase sport equipment defined under the Sports Development Act 1997 (max RM300)

10. Donations to approved institutions (max 7% deduction from the aggregate income)

11. Interest paid on housing loan (RM10,000 for 3 consecutive years - conditions apply)

12. Broadband subscription fees (RM500)

13. Rebate for any kind of Zakat (No limit)

Reference:
a) 'Personal Money', December 2009
b) 2010 Budget Commentary and Tax Information

0 comments:

Tuesday, December 1, 2009

Financial Philosophy

" The beginning is the most important part of the work" - Plato




0 comments: