Thursday, December 20, 2012

Futsal Friendly Match - Syahrinco United vs Ex-Syahrinco



19.12.2012 (Rabu), Sports Planet Kota Damansara - Satu perlawanan persahabatan di antara Syahrinco United dan Ex-Syahrinco telah diadakan pada hari ini.

Penampilan sulung skuad Syahrinco United adalah bertujuan untuk menguji pasukan seperti yang dilakukan oleh coach K.Rajagobal ke atas pasukan kebangsaan Malaysia.

Tanpa kehadiran dua ayam tambatan Syahrinco United, Wan (Zack Haikal) dan Afaq (Mat Yo), Syahrinco United hanya beraksi sederhana hebat sahaja.

Team Ex-Syahrinco yang diketuai oleh Saiful Idham (a.k.a Denk) pula, tampak langsung tidak memberi muka kepada Syahrinco United. Namun dengan perancang utama Super Star Rezal, Ahmad dan pemain-pemain Syahrinco United dapat juga menjaringkan beberapa gol.

Syahrinco United berhasrat untuk memperkukuhkan skuad dengan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan di masa akan datang.

Barisan Syahrinco United
Hadir - Fazri (Sas), Syafiq (Rahim), Ding (Fahmi Che' Mat), Ahmad (Zaquan), Rezal (Salee)
Tidak Hadir - Wan (Zack Haikal), Afaq (Mat Yo)

Barisan Ex-Syahrinco:
Hadir - Denk, Lutfi, Kawan Denk 1, Kawan Denk 2, Kawan Denk 3
Tidak Hadir - Daus

p/s: Malam tu Safee Salee yang sepatutnya main final AFF Suzuki Cup tapi tak layak pun main gak kat court sebelah.
Admin,
Fazri Mukhtar

0 comments:

Friday, December 7, 2012

Majlis Perpisahan Izzat & Ummi



 6 December 2012, Khamis, Pejabat Syahrin & Co. - Hari ini adalah hari yang agak menyayat jiwa dimana pekerja Syahrin & Co. akan berpisah dengan 2 orang pelajar praktikal dari Politeknik Merlimau, Melaka dan Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak iaitu Izat dan Ummi. Diharap Izat dan Ummi menghargai pengalaman sepanjang 6 bulan berada di Syahrin & Co. Admin mengucapkan semoga kalian berjaya dalam pelajaran dan juga menjadi orang yang berguna di dunia mahupun di akhirat.







































0 comments:

Thursday, December 6, 2012

Island BBQ Steamboat


5 Disember 2012, Island BBQ Steamboat, Kampung Melayu Subang - Bagi memenuhi permintaan ibu mengandung (Wenda) Kami pun planning la untuk menjamu selera di Island BBQ Steamboat. Ketua Program ada Syikin, yang lain follow je.. Tapi yang sedih nya, Family Kak Surina dan Afaq tak dapat join.. Tak mengapa..mungkin lain kali. Anyway, memang puas sangat makan kat sini. Layanannya, perghhhhhh... terbaik.. Kalau sesiapa yang teringin nak makan steamboat tu, apa lagi.. Moh le kite..

























p/s: Amboih, bahagianya ibu mengandung kita dapat makanan yang diidamkan..hihi.. Semoga baby dalam perut tu jadi budak yang baik tau. Amin..

Admin,
Nanie Zainudin

0 comments: