Saturday, March 14, 2009

Buek Apo Kek Port Dickson Tuh?

07 - 09 Mac 2009 (Sabtu - Isnin), Port Dickson – Penat lelah berkerja di Syahrin & Co. terasa berbaloi apabila kami dihadiahkan dengan percutian Hari Keluarga tahunan. Kali ini, kami ke pantai di selatan tanah air - Port Dickson. Rentetan percutian tersebut dirumuskan seperti berikut :-

07 Mac 2009
10.00am
Bertolak dari KL

m
11.00am
Berkumpul di R&R Seremban. Kami mula berkonvoi dari sini

l;;';
12.00pm
Makan tengahari di Pantai Teluk Kemang
kl
3.00pm
Check-In di Glory Beach Resort

Di awal ketibaan, bilik yang diharapkan lebih kepada ‘indah khabar dari rupa’. Tetapi dengan keprihatinan En. Syahrin & Pn. Mastura, mereka berdua telah meminta agar pihak Glory Beach Resort menukar bilik lain yang lebih selesa untuk kami. Syukran.

05.00pm
Bersiar - siar di Pasar Malam sebelah Petronas dekat dengan pantai

07.45pm
Bakar BBQ (tapi dah macam bakar unggun api aku tengok)

08.15pm

Menikmati juadah BBQ merangkap dinner

09.30pm
Kejohanan 'Monopoli' antara jejaka-jejaka Syahrin & Co.
h
h

08 Mac 2009
Pagi
Aktiviti bebas

01.00pm

Lunch di KFC Port Dickson

2.00pm
Main bowling di Supermarket apa nama ntah



5.45pm
Santapan petang jama' taqdim dengan dinner dekat2 dgn tapak pasar malam

09.00pm

Game Time - 'Sehati Sejiwa'
o
o

09 Mac 2009
Pagi
Aktivi bebas

m
12.00pm
Check-Out & sessi bergambar

01.30pm
Lunch sebelum bersurai
h
p/s: Gambo tak sompek den nak upload. Ekauorang sabo yo la 'ek?










0 comments:

Wednesday, March 4, 2009

Seminar Tax di Taman Melawati

02 Mac 2009 (Isnin), Taman Melawati – Satu seminar berkaitan kaedah - kaedah mengisi & melengkapkan borang cukai telah diadakan di Dewan Seminar Bayatech Sdn Bhd, Taman Melwati. Seminar ini diadakan hasil daripada kolaborasi antara Bayatech Sdn Bhd dan beberapa Firma Audit / Ejen Cukai temasuklah Syahrin & Co.

Seminar ini dihadiri oleh ejen-ejen cukai dari beberapa Firma Audit / Ejen Cukai sekitar lembah klang. En. Syahrin, Pn. Mastura, Surina, Muaffaq & Fazri merupakan antara ahli Syahrin & Co. yang menyertai seminar ini.

Seminar yang disampaikan oleh speaker, En. Rozali ini tidak lain adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi kefahaman dan pengetahuan dalam mengisi dan melengkapkan borang – borang cukai khususnya borang cukai Syarikat (Borang C, R & R31). Selain itu, En. Rozali juga menyampaikan maklumat – maklumat terkini berkaitan dengan LHDN.

Rata – rata, peserta seminar amat berpuas hati dengan perjalanan seminar yang amat berinformasi dan bermanafaat ini. Diharap, para penganjur dapat mengadakan lagi seminar – seminar yang seumpamanya bagi meningkatkan lagi ilmu pengetahuan disamping menjalinkan keakraban sesama ahli Firma.

Afaq & Fazri antara wakil Syahrin & Co. yang mengadiri Seminar ini.

Surina, staf tekun Syahrin & Co. juga hadir pada hari itu.

En. Rozali (baju kuning cerah) sedang menjelaskan sesuatu kepada para bos-bos yang juga peserta Seminar.

Borang - borang LHDN yang terlibat - Borang C, Borang R & Borang R31. Nota Seminar juga dibekalkan.










0 comments:

Syahrin & Co. di Sungai Petani, Kedah

26 Februari 2009 (Khamis), Sungai Petani – Sekali lagi, principal Syahrin & Co., En. Syahrin Bin Hamidon telah dijemput untuk menjadi speaker. Kali ini beliau dijemput berceramah dalam satu bengkel di utara tanahair, Kedah Darul Aman. Tajuk yang diberikan kepada beliau ialah ‘Financial Restructuring’.

Menurut En. Syahrin, segala –galanya berjalan dengan lancar dan teratur - Alhamdulillah. Syahrin & Co. di Sungai Petani merupakan satu lagi pencapaian yang boleh dibanggakan oleh semua, khususnya ahli – ahli Syahrin & Co. sendiri.

Semoga Syahrin & Co. dapat melebarkan sayapnya dengan lebih jauh dimasa - masa mendatang - AMIN.
l
;

Banner Seminar Keusahwanan di Park Avenue Hotel, Sungai Petani, Kedah

Peserta seminar bersedia untuk mendengar ceramah daripada En. Syahrin

En. Syahrin berceramah dengan penuh semangat bagi memastikan mesej yang disampikan jelas sampai kepada peserta seminar

g
gPara peserta mendengar dengan tekun ceramah yang disampaikan.

Salah seorang peserta mengemukakan soalan dalam sessi soal - jawab

0 comments: