Sunday, December 20, 2009

Aqiqah Muhammad Ammar Rayyan Bin Mohd Fazri

19 Disember 2009, Sabtu (Subang Jaya) - Majlis Aqiqah Muhammad Ammar Rayyan Bin Mohd Fazri telah diadakan dengan serba sederhana tapi meriah pada hari ini. Atucara majlis yang bermula pada jam 10pg, Alhamdulillah berjalan dengan lancar walaupun hujan turun dengan lebat pada sebelah petangnya.
o
Saya, selaku Tuan Rumah ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Syahrin & Co. 'members' yang hadir pada majlis tersebut. Antara yang hadir pada hari itu ialah Afaq & family, Surina & family, Baiti & family dan tak ketinggalan staf Syahrin & Co. dolu-dolu, Miss Fairuz Gurl.
o
Kehadiran anda amatlah dihargai. Syukran.
6
p/s: Biz catering ngan biz kambing nmpk cm mayshuk. Syiok tgk org2 catering.

0 comments:

Monday, December 14, 2009

Kursus Latihan Keusahawanan


5 December 2009 Sabtu, Putrajaya Satu kursus Latihan Keusahawanan anjuran Perbadanan Putrajaya telahpun diadakan di Bilik Mesyuarat 2, Kompleks Kejiranan Presint 16. Antara modul yang disediakan untuk para peserta untuk kursus dua hari ini ialah Modul 1 - Motivasi Keusahawanan (Dr. Marzuki Ibrahim), Modul 2 - Pengurusan Kewangan (En. Syahrin), Modul 3 - Pengurusan Pemasaran & Perkhidmatan (Dr. Wan Sabri Wan Husin), Modul 4 - Pengembangan Perniagaan (Wakil SME Bank), Modul 5 - Pembentukan Imej & Etika ( En. Kamarudin)

Para peserta terdiri daripada peniaga-peniaga dan usahawan di Putrajaya dan kawasan sekitarnya. Antara peserta yang mengambil bahagian termasuklah rakan kongsi "OTAI BURGER" yang telah mempunyai rakan Francais seramai 150 orang di seluruh negara. Yuran Francais yang dikenakan pula adalah RM18,000 (termasuk dengan khidmat nasihat dan bimbingan) sahaja.

Didalam modul 2 - Pengurusan Kewangan, En syahrin telah membahagikan topik kepada 4 bahagian iaitu a) Memahami Konsep Pengurusan Kewangan b) Mencapai Titik Pulang Modal (Break Even Point), Analisis Aliran Tunai dan Analisis Perbelanjaan dan Pendapatan.

Antara intipati pembentangan En. Syahrin termasuklah tentang satu pepatah berbunyi "Kewangan merupakan satu seni dan sains menguruskan wang" . Ramai antara kita tidak menyedari bahawa menguruskan kewangan merupakan satu proses seseorang individu / syarikat merancang masa hadapan didalam memenuhi matlamat peribadi / syarikat melalui pembangunan dan perlaksanaan perancangan kewangan yang menyeluruh.

Seorang CEO yang berjaya bukan hanya seorang yang faham tentang cara menyimpan rekod dan transaksi perniagaan malah mestilah seorang yang peka dengan persekitaran dan "sepak terajang" perniagaan itu sendiri. Beliau mestilah mahir didalam hal memuaskan hati pelanggan, malah mengetahui cara untuk melayani karenah birokrasi pihak yang berwajib serta pada masa yang sama memastikan kualiti produk / servis yang diberikan sentisa ditahap yang terbaik disamping kebajikan pekerja tidak diabaikan sama sekali.

Pihak Syahrin & Co. dengan kerjasama syarikat bersekutunya ACCESS BOUNDARY SDN. BHD. telahpun merancang untuk mengadakan bengkel dan kursus berkenaan tajuk "Pengurusan Kewangan" ini. Ini adalah kerana masa yang diberikan selama 2 jam untuk mengupas topik ini tempohari tidak mencukupi dan diharap agar para peserta kursus latihan ini akan dapat menyertai kurus yang dirancang didalam masa terdekat ini.

0 comments:

Hari Raya Korban & Korban Kasih Marlisa


27 Nov 2009, Jumaat - Umat Islam di seluruh Dunia menyambut Hari Raya Aidil Adha pada hari ke10,11,12 dan 13 Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan takbir Aidil Adha pada malan 10 Zulhijjah diikuti dengan solat sunat Aidil Adha pada pagi 10 Zulhijjah.

Seterusnya ibadah korban bermula selepas khatib menyampaikan khutbah pada siang hari 10 Zulhijjah dan boleh juga dilakukan ibadah korban pada 11,12 sehingga sebelum tenggelam matahari pada 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Pada malamnya pula, Stesen TV3 telah menayangkan didalam slot Cerekaramanya drama bertajuk "Korban Kasih Marlisa". Antara pelakon yang membintangi drama ini ialah Umie Aida, Awal Ashaari, Tizz Zakiah, Dato Rahim Razali dan Aida Radzwill. Ceritanya berkisar kepada pengorbanan Marlisa yang sanggup "mengorbankan" kepentingan dirinya demi untuk kebahagiaan orang lain.

Sebenarnya apa yang hendak di"highlightkan disini" bukannya kisah cerekarama tu..tetapi si penulis skripnya iaitu Mohd Rizlan Khuzaimi..(member sekolah En. Syahrin). Semoga aktif untuk menghasilkan lebih banyak skrip-skrip drama / filem bermutu pada masa akan datang..kalau rasa nak pelakon tambahan..kat Syahrin & Co. ada ramai calon sesuai...watak hero + heroin sahaja..watak lain kami tak mau..kalau rasa nak buat syarikat Sdn. Bhd.. Syahmas Management boleh tolong uruskan..haha..

Moralnya disini.. dimana ada kemahuan..disitu ada jalan .. janji kena sanggup berkorban untuk mencapai MATLAMAT.

0 comments:

Monday, December 7, 2009

Tax moves to make before Jan 1

Checklist of supporting receipts to be kept for the possibility of a personal tax audit (personal reliefs / rebate):-

1. Parent's medical expenses (max RM5,000)

2. Annual health check. Medical check-up for the taxpayer, spouse and children (max RM500)

3. Life insurance / EPF contribution (max RM7,000 - YA 2010 onwards)

4. Insurance premium for education or medical benefits (max RM3,000)

5. Fees for acquiring technical, vocational, industrial, scientific, technology, law, accounting, Islamic financing skills or qualifications at the tertiary or postgraduate level (max RM5,000)

6. Purchase of books, journals, magazines and other similar publications (max RM1,000)

7. Purchase of computer (max RM3,000 - once every 3 years)

8. Skim Simpanan Pendidikan Nasional (max RM3,000)

9. Purchase sport equipment defined under the Sports Development Act 1997 (max RM300)

10. Donations to approved institutions (max 7% deduction from the aggregate income)

11. Interest paid on housing loan (RM10,000 for 3 consecutive years - conditions apply)

12. Broadband subscription fees (RM500)

13. Rebate for any kind of Zakat (No limit)

Reference:
a) 'Personal Money', December 2009
b) 2010 Budget Commentary and Tax Information

0 comments:

Tuesday, December 1, 2009

Financial Philosophy

" The beginning is the most important part of the work" - Plato




0 comments:

Monday, November 23, 2009

Kejohanan Paintball Terbuka PROLINTAS 2009


21 Nov 2009 Sabtu, Subang Jaya Satu kejohanan Paintball terbuka PROLINTAS telah diadakan di TT Sports Subang Jaya.

En. Syahrin bersama-sama dengan En. Amrul Hisyam telah menyertai kejohanan kali ini diatas tiket syarikat DANA INTELEK SDN. BHD. Walaupun ini adalah pertama kali kami memegang "marker" nama lain untuk senapang (didalamnya ada peluru bersaiz sebiji guli & berwarna-warni) namun kami "buat-buat terror" sahaja masuk ke gelanggang dan menghadapi saingan dari pihak musuh (team-team yang sememangnya terror).

Kejohanan berlangsung dengan jumlah pasukan yang mengambil bahagian dianggarkan sekitar 42 pasukan. Setiap kumpulan terdiri daripada 6 buah pasukan dan dijalankan secara "round robin". Setelah 3 kali tewas (habis lebam-lebam satu badan) kami pun mengambil keputusan untuk balik awal..(letih dah tua-tua nak main tembak -tembak dengan budak-budak ni..) walaupun ada tiga lagi game untuk dihabiskan.

Moral of the story..elok juga kalau satu hari nanti Firma Syahrin & Co. mengadakan pertandingan paintball seperti ini kerana ianya dapat melepaskan tension ( best bila tengok ada mamat kena keluar lepas kena tembak dengan kita) dan seterusnya dapat mengeratkan silaturrahim antara kita.

Bila lagi nak lepas tension tembak boss betul tak?

2 comments:

Thursday, November 19, 2009

SEMINAR MEMULAKAN PERNIAGAAN 2009/2010

Satu Seminar Memulakan Perniagaan bakal diadakan di Desa Melawati pada 05,12,19,26 Disember 2009.

Seminar berkisarkan tentang overview memulakan perniagaan bagi bakal-bakal usahawan atau usahawan sedia ada untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dalam bidang keusahawanan. Seminar ini juga terbuka kepada sesiapa yang berminat.

Seminar akan disampaikan oleh En. Syahrin sendiri sebagai seorang yang berpengalaman dalam bidang keusahawanan dan kewangan.

SEMINAR MEMULAKAN PERNIAGAAN 2009/2010

Penganjur: ACCESS BOUNDARY SDN BHD
Tarikh: 05/12/2009, 12/12/2009, 19/12/2009 & 26/12/2009
Masa: 09.30am - 01.30pm
Tempat: Desa Melawati
Yuran: RM60/pax

TERHAD KEPADA 20 PESERTA SAHAJA!

Jangan lepaskan peluang ini.
'KEPUTUSAN HARI INI MENENTUKAN HARI ESOK ANDA'

Berminat?
Sila hubungi 03-7724 1997
@ e.mail ke accessboundary@yahoo.com

0 comments:

Tuesday, November 17, 2009

Learn The Art of Deal Making

Deals are great. Deals make you money. Simple deal making skills will serve you time and time again. You need to learn to be bold, to ask for more, to trade what you have for what you want.

Kyle MacDonald from Montreal, Canada traded his way from one single red paperclip to a house in the space of nine months.

* He launched his website offering to swap his one red paper clip for anything
* He swapped it for a green pen in the shape of fish
* He swapped this for a smiley face doorknob
* He swapped this for a portable barbeque
* He swapped this for a portable generator
* He swapped this for an instant party pack and keg of beer
* He swapped this for a snowmobile
* He swapped this for a trip to British Columbia
* He swapped this for a truck
* He swapped this for a recording contract
* And finally he swapped this for a house in Phoenix, Colorado - admittedly only a year's lease but hey....

Eleven steps. Eleven little deals. Not bad. He says he is going to keep going until he owns a house. That's deal making!

So, lessons to be learnt from Kyle:

# Never say you haven't got anything to start with
# Always be open to opportunities
# Be adaptable and flexible
# Have a goal
# Work diligently
# Network like mad
# Take advantage of free publicity

"The Rules of Wealth - Richard Templar"

0 comments:

Monday, November 16, 2009

Misi Dagang DPMM Putrajaya


12 November 2009 (Khamis) Putrajaya Satu mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (Putrajaya) telah diadakan pada pukul 11.am di pejabat DPMM Precinct 9 Putrajaya.

Hasil daripada perbincangan tentang isu-isu yang berkaitan dengan hala tuju dan visi perniagaan orang Melayu khususnya, En Syahrin telah menyarankan agar satu taklimat diadakan oleh DPMM Putrajaya untuk memberi penerangan kepada ahli-ahlinya tentang perkembangan terkini aktiviti Dewan.

Dengan itu pihak Jawankuasa Pengurusan DPMM Putrajaya telah mengambil keputusan untuk mengadakan "Hari Bersama Ahli - Misi Dagang DPMM Putrajaya : Peluang & Cabaran" pada 21 November (Sabtu), masa 9.00am - 12.30pm. Sebarang maklumat lanjut bolehlah melayari website http://dpmmptj.org.my/

Sesiapa yang berminat bolehlah mengambil peluang ini untuk mendengar sendiri taklimat daripada En. Zaidi (Setiausaha Kehormat) tentang misi dagang ini dan hala tujunya termasuk berpeluang untuk menanyakan sendiri sebarang soalan jika terdapat sebarang kemusyikilan.

0 comments:

Sunday, November 8, 2009

Seminar Bajet 2010


4 November 2009, Rabu bertempat di Dewan Tun Dr. Ismail, PWTC telah berlangsungnya Seminar Bajet 2010 anjuran PERSATUAN AKAUNTAN PERCUKAIAN MALAYSIA.

Syahrin & Co. telah diwakili oleh En. Syahrin, En. Muaffaq dan Cik Naziana untuk bersama-sama dengan wakil cukai, akauntan, auditor, setiausaha syarikat dan "practitioners" yang lain mendengar kupasan dan komentar dari panel-panel yang berpengalaman mengenai Bajet 2010 seperti yang telah dibentangkan oleh PM baru-baru ini.

Antara topik yang menarik ialah Bajet 2010 dari perspektif Ekonomi, Cadangan berkaitan Cukai Langsung dan Insentif Cukai, Isu berkaitan Cukai Tak Langsung dan isu GST. Disamping itu diadakan juga dialog isu cukai semasa yang antara lain panelnya terdiri daripada wakil Kementerian Kewangan Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan wakil dari Ernst & Young Tax Consultants S/B.

Majlis telah dirasmikan oleh Y.B Timbalan Menteri Kewangan II iaitu Senator Datuk Dr. Awang Adek B. Hussin.

Secara keseluruhannya seminar ini telahpun mencapai objektifnya dan sedikit sebanyak telah memberikan gambaran lebih jelas tentang sebarang isu dan perubahan yang mesti di kemaskini oleh Agen Cukai khasnya.

Isu berkaitan dengan RPGT (Cukai hartanah) yang baru diperkenalkan semula dan Interest charges RM50 untuk setiap keping Kad Kredit juga telah mendominasi seminar kali ini.

Diharap agar pada masa hadapan Firma Syahrin & Co. akan meneruskan penghantaran wakilnya ke seminar Bajet seperti ini agar ianya dapat meningkatkan lagi kualiti dan tahap pemahaman staff dan seterusnya meningkatkan mutu kerja dan memberikan servis yang terbaik kepada setiap pelanggannya.

Amin

0 comments:

Tuesday, November 3, 2009

Usaha sama antara Syahrin & Co. & Orbit Teguh S/B


30 October 2009, (Jumaat) - En. Syahrin telah di pelawa oleh syarikat Orbit Teguh Sdn. Bhd. sebuah syarikat berdaftar dengan Kementerian Kewangan (Bidang Tenaga Pengajar & Seminar) untuk menjadi salah seorang daripada tenaga pengajar / penceramah dibawah lambang syarikatnya.

Ini merupakan satu penghormatan dan peluang yang baik kepada Syahrin & Co. memandangkan Syarikat Orbit Teguh Sdn. Bhd. telahpun menjalankan kursus - kursus merangkumi pelbagai bidang pengkhususan antaranya bidang keusahawanan dan motivasi pelajar IPTA & IPTS dan sering mendapat jemputan dari pihak Jabatan Kerajaan, GLC's mahupun swasta.

Semoga Firma Syahrin & Co. akan dapat menganjurkan seminarnya sendiri seperti yang diimpikan oleh En. Syahrin pada masa hadapan.

Amin.

0 comments:

Monday, October 19, 2009

Jamuan Hari Raya & Birthday Abang Syah

16 Oktober 2009 (Jumaat), Petaling Jaya - Jamuan hari raya disambut dengan serba sederhana di ofis Syahrin & Co. Sambutan hari jadi Abg Syah yang juga disambut pada hari yang sama.

Current staff Syharin & Co. Bukan senang nak ada 'family' picture yang complete camni.

A.Syah memotong kek harijadi sambil diperhatikan oleh K.Mas.

Nasi dagang masakan ayah Ana menjadi menu utama pada majlis tersebut.

0 comments:

Thursday, September 3, 2009

Buka Puasa @ IKEA 2009

02 September 2009 (Rabu), Mutiara Damansara - Alhamdulillah, acara berbuka puasa merangkap mini gathering telahpun selesai diadakan hari ini. Sambutan kali ini diraikan meriah dengan kehadiran staff-staff yang pernah dan masih berkhidmat di Syahrin & Co.
x
Antara yang memeriahkan majlis tersebut ialah Fazri, Ayu & Rayyan, Sue, Rezal & Muiz, Afaq, Mia & Naufal, Nie & Syafiq, Munira, Fyruz (girl), Zul, Faiz (UiTM), Dayang & Liza. Turut diundang ialah Edy Zahrain & Zura (rakan Afaq & Fazri).
x
Diharap acara sebegini dapat diteruskan sebagai acara tahunan bagi mengekalkan silaturrahim antara staff.
x
Terima kasih kepada semua yang hadir.
x

1 comments:

Friday, June 5, 2009

Nie - Semoga Kekal Hingga Ke Anak Cucu Cicit ...

06 Jun 2009 (Sabtu), Losong, TERENGGANU -

2 comments:

Friday, April 24, 2009

Tahniah buat Sitti Kulsum & Yassin

22 April 2009 (Rabu), Sungai Buloh - "Telah selamat dilairkan pada 22/4/2009 putera sulung pasangan sitti & yassin di hospital sg buluh pd pukul 4.45 pm seberat 2.21kg". Begitulah sms yang diterima daripada pasangan Sitti Kulsum & Yassin memberitakan kelahiran putera sulung mereka. Alhamdulillah.
fgn
Kami sempat melawat Sitti & puteranya di Hospital Sungai Buloh pada keesokan harinya (tupun kejap je sebab waktu melawat cepat sangat).
gh,m
Kami di Syahrin & Co. mengucapkan Tahniah kepada Sitti & Yassin di atas kelahiran putera sulung mereka. Semoga menjadi Ibu Bapa mithali dan bahagia keakhirnya.

0 comments:

Ahlan Wa Sahlan Kepada E & Noraini

20 April 2009 (Isnin), Petaling Jaya - Seperti yang telah diberitahu, hari ini dua orang practical student hadir untuk memulakan sessi practical mereka di Syarin & Co.

Mereka yang dimaksudkan ialah E (bukan nama dalam I/C) & Noraini. E & Noraini adalah student accounting dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Difahamkan, tempoh practical mereka di Syahrin & Co. hanya 3 bulan sahaja. Walaupun singkat, diharap mereka dapat memanfaatkan masa dan ilmu yang bakal mereka pelajari di sini.

SELAMAT BER'PRACTICAL'!

0 comments:

Saturday, April 18, 2009

Majlis Perpisahan Fakhrul

27 Mac 2009 (Jumaat), Petaling Jaya - Setelah hampir setahun bersama-sama dengan Syahrin & Co., salah seorang stafnya mengambil keputusan untuk berhenti kerana ingin melanjutkan pelajaran. Staf yang dimaksudkan ialah FAKHRUL.
[
Majlis perpisahan Fakhrul telah diadakan dengan serba sederhana di restoran ibunya, H.A. Restoran.
;p
Selain staf-staf Syahrin & Co., rakan niaga ibu Fakhrul, jiran-jiran serta rakan-rakan Fakhrul juga turut hadir ke majlis ini.
i
Difahamkan, Fakhrul melanjutkan pelajarannya di Segi College dalam bidang Perakaunan. Semoga Fakhrul dapat kembali lagi ke Syahrin & Co. setelah tamat belajar kelak.
i
SELAMAT MAJU JAYA FAKHRUL !!!
'
/
Fakhrul (tengah) bergambar kenang-kenangan bersama staf-staf Syahrin & Co. yang lain.

2 comments:

Saturday, March 14, 2009

Buek Apo Kek Port Dickson Tuh?

07 - 09 Mac 2009 (Sabtu - Isnin), Port Dickson – Penat lelah berkerja di Syahrin & Co. terasa berbaloi apabila kami dihadiahkan dengan percutian Hari Keluarga tahunan. Kali ini, kami ke pantai di selatan tanah air - Port Dickson. Rentetan percutian tersebut dirumuskan seperti berikut :-

07 Mac 2009
10.00am
Bertolak dari KL

m
11.00am
Berkumpul di R&R Seremban. Kami mula berkonvoi dari sini

l;;';
12.00pm
Makan tengahari di Pantai Teluk Kemang
kl
3.00pm
Check-In di Glory Beach Resort

Di awal ketibaan, bilik yang diharapkan lebih kepada ‘indah khabar dari rupa’. Tetapi dengan keprihatinan En. Syahrin & Pn. Mastura, mereka berdua telah meminta agar pihak Glory Beach Resort menukar bilik lain yang lebih selesa untuk kami. Syukran.

05.00pm
Bersiar - siar di Pasar Malam sebelah Petronas dekat dengan pantai

07.45pm
Bakar BBQ (tapi dah macam bakar unggun api aku tengok)

08.15pm

Menikmati juadah BBQ merangkap dinner

09.30pm
Kejohanan 'Monopoli' antara jejaka-jejaka Syahrin & Co.
h
h

08 Mac 2009
Pagi
Aktiviti bebas

01.00pm

Lunch di KFC Port Dickson

2.00pm
Main bowling di Supermarket apa nama ntah



5.45pm
Santapan petang jama' taqdim dengan dinner dekat2 dgn tapak pasar malam

09.00pm

Game Time - 'Sehati Sejiwa'
o
o

09 Mac 2009
Pagi
Aktivi bebas

m
12.00pm
Check-Out & sessi bergambar

01.30pm
Lunch sebelum bersurai
h
p/s: Gambo tak sompek den nak upload. Ekauorang sabo yo la 'ek?










0 comments:

Wednesday, March 4, 2009

Seminar Tax di Taman Melawati

02 Mac 2009 (Isnin), Taman Melawati – Satu seminar berkaitan kaedah - kaedah mengisi & melengkapkan borang cukai telah diadakan di Dewan Seminar Bayatech Sdn Bhd, Taman Melwati. Seminar ini diadakan hasil daripada kolaborasi antara Bayatech Sdn Bhd dan beberapa Firma Audit / Ejen Cukai temasuklah Syahrin & Co.

Seminar ini dihadiri oleh ejen-ejen cukai dari beberapa Firma Audit / Ejen Cukai sekitar lembah klang. En. Syahrin, Pn. Mastura, Surina, Muaffaq & Fazri merupakan antara ahli Syahrin & Co. yang menyertai seminar ini.

Seminar yang disampaikan oleh speaker, En. Rozali ini tidak lain adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi kefahaman dan pengetahuan dalam mengisi dan melengkapkan borang – borang cukai khususnya borang cukai Syarikat (Borang C, R & R31). Selain itu, En. Rozali juga menyampaikan maklumat – maklumat terkini berkaitan dengan LHDN.

Rata – rata, peserta seminar amat berpuas hati dengan perjalanan seminar yang amat berinformasi dan bermanafaat ini. Diharap, para penganjur dapat mengadakan lagi seminar – seminar yang seumpamanya bagi meningkatkan lagi ilmu pengetahuan disamping menjalinkan keakraban sesama ahli Firma.

Afaq & Fazri antara wakil Syahrin & Co. yang mengadiri Seminar ini.

Surina, staf tekun Syahrin & Co. juga hadir pada hari itu.

En. Rozali (baju kuning cerah) sedang menjelaskan sesuatu kepada para bos-bos yang juga peserta Seminar.

Borang - borang LHDN yang terlibat - Borang C, Borang R & Borang R31. Nota Seminar juga dibekalkan.










0 comments:

Syahrin & Co. di Sungai Petani, Kedah

26 Februari 2009 (Khamis), Sungai Petani – Sekali lagi, principal Syahrin & Co., En. Syahrin Bin Hamidon telah dijemput untuk menjadi speaker. Kali ini beliau dijemput berceramah dalam satu bengkel di utara tanahair, Kedah Darul Aman. Tajuk yang diberikan kepada beliau ialah ‘Financial Restructuring’.

Menurut En. Syahrin, segala –galanya berjalan dengan lancar dan teratur - Alhamdulillah. Syahrin & Co. di Sungai Petani merupakan satu lagi pencapaian yang boleh dibanggakan oleh semua, khususnya ahli – ahli Syahrin & Co. sendiri.

Semoga Syahrin & Co. dapat melebarkan sayapnya dengan lebih jauh dimasa - masa mendatang - AMIN.
l
;

Banner Seminar Keusahwanan di Park Avenue Hotel, Sungai Petani, Kedah

Peserta seminar bersedia untuk mendengar ceramah daripada En. Syahrin

En. Syahrin berceramah dengan penuh semangat bagi memastikan mesej yang disampikan jelas sampai kepada peserta seminar

g
gPara peserta mendengar dengan tekun ceramah yang disampaikan.

Salah seorang peserta mengemukakan soalan dalam sessi soal - jawab

0 comments:

Monday, February 2, 2009

Kenduri Akikah Muhammad Afeef Naufal @ Afaq Jr.

25 Jan 2009 (Ahad), Sungai Buloh - Sehari sebelum genap setahun umur Naufal @ Afaq Jr., sambutan akikah Naufal telah diadakan di kediaman ibunya, Mia di Desa Coalfield, Sg. Buloh.
khuyguyguyg
Setibanya di Desa Coalfield, kelihatan Naufal yang berpakaian jubah sangat ceria meraikan hari akikahnya. Dua ekor kambing yang diakikahkan pada hari itu dihidangkan dengan menu kambing masak kerutuk disamping menu-menu lain (kalau tak tau kerutuk tu apa, tanya Afaq).
bj,
Antara yang hadir pada hari tersebut ialah Fazri sekeluarga beserta keluarga mertuanya. Turut kelihatan pada majlis itu ialah klien 'kamceng' Afaq, En. Dahlan dan keluarga.
dfn
Tahniah di atas kejayaan majlis akikah tersebut dan Selamat Hari Jadi Naufal!


Mia, Naufal & Afaq bergambar sebelum majlis akikah bermula

Fazri & bapa mertuanya rancak berborak dengan tetamu lain yang hadir sambil menikmati kambing masak kerutuk (kerutuk? Ah, nama tak penting, yang penting rasanya sedap!)


En. Dahlan & keluarga juga merupakan antara hadirin yang memeriahkan majlis paha hari tersebut
fdbndnb
fdndnd
Walaupun usianya baru mencecah 36 hari, Rayyan @ Fazri Jr. tidak mahu melepaskan peluang menghadiri majlis bersejarah ini. (Rayyan ditemani oleh Mamanya; Ayu & Ibu Naufal)
sdfgsgfsefgsfg
dfgsdgdfsgsdg
Pada sebelah malam, sambutan majlis harijadi Naufal yang ke-1 diadakan - "Apa manik2 putih kat muka ayah tu, ibu?", tanya Naufal pada ibunya
jkbhjbhjbjhbjbhjbj
jbjhbvjhbvhj
jhbhjbjhvbh
jhbvhbvh

0 comments:

Sunday, January 18, 2009

HAPPY BIRTHDAY KAK MAS

14 Jan 2009 (Rabu), Petaling Jaya – Happy Birthday Kak Mas! Ulangtahun Kak Mas yang ke-(adala) telah disambut dengan serba sederhana di ofis Syahrin & Co. Untuk sambutan ini, semuanya telah dirancang rapi oleh staf2 yang begitu peka dengan tarikh2 keramat seperti hari ini (sape ‘ek hari tu yang terperasan kat F49?).

Suasana sederhana tapi meriah pada hari itu disambut dengan gelak-tawa sambil dihidangkan ‘cheese sponge cake’ sebagai simbolik majlis harijadi Kak Mas.

Sempena harijadi Kak Mas ini, kami, staf Syahrin & co. mendoakan semoga Kak Mas sekeluarga panjang umur & semoga murah rezeki. Amin!

HAPPY BIRTHDAY KAK MAS!!

Kak Mas sedang memotong kek keju yang dimaksudkan.
(afaq cuba meng'interframe'kan tangan kananya dlm foto ini)

Quiz 1: Sorang tak cukup sbb dia yang amik gambar. Teka siapa?


Quiz 2: Sorang dah masuk, sorang lagi pulak tak cukup sbb dia pny turn untuk amik gambar. Teka siapa?

0 comments:

Selamat Datang 2009M / 1430H & Selamat Datang Nurmariani

02 Januari 2009 (Jumaat), Petaling Jaya - Hari ni bertambahlah seorang lagi ahli dalam Syahrin & co. apabila Cik Nurmariani memulakan tugasnya di sini. Dengan kehadiran Cik Nurmariani & kehadiran Tahun baru 2009M/1430H, diharap warga Syahrin & Co. dapat memantapkan lagi efisiensi & kualiti kerja mereka.
dghdfh
Kepada Cik Nurmariani, warga Syahrin & Co. ingin mengucapkan tahniah kerana telah berjaya menyertai kami dan semoga kerjaya anda di sini akan sukses hingga ke akhirnya. Kehadiran anda di sini amatlah dialu-alukan. Terima kasih & selamat datang!
SELAMAT TAHUN BARU!!

Nurmariani, ahli terbaru Syahrin & Co. (aku copet kat friendster dia. hehe!)

0 comments: