Afaq (& Family) @ Umrah
09-21 Feb 2013, Mekah / Madinah - Alhamdulillah, selama lebih kurang 2 minggu saudara Afaq telah berjaya menunaikan Umrah bersama-sama dengan keluarga beliau. Kesemua 5 Rukun Umrah (Niat, Tawaf, Sai'e, Tahallul dan Tertib) dapat disempurnakan dengan lancar.
Beliau bersama keluarga juga sempat menziarahi tempat-tempat bersejarah seperti Masjid Quba', Masjid Qiblatain, Kubur Baqi' (kubur para Syuhada' serta Isteri Rasulullah SAW, Siti Aisyah), Jabal Rahmah, Jabal Uhud, Kebun Kurma dan banyak lagi tempat menarik.
Abi
Suhail mendengar Abu Hurairah RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada
tahun Haji Wada’ di Mekah:
“Para jemaah Haji dan Umrah adalah tetamu Allah SWT. Dia akan memenuhi apa yang mereka minta, mengabulkan apa yang mereka doakan, memberikan ganti kepada mereka atas apa yang telah mereka belanjakan dan melipatgandakan satu dirham untuknya menjadi sejuta dirham” (Al-Fakily, Muhammad Ibnu Ishak)
Dengan Hadis Rasullah SAW tersebut dan keberkatan Umrah yang ditunaikan oleh saudara Afaq, diharap kita dapat 'mencemburui'nya dalam erti kata berusaha untuk menunaikan Umrah dan seterusnya Rukun Islam ke-5; Haji di Baitullah.
Bersama Ayahanda tercinta di depan pintu No. 1 (King Abd Aziz) Masjidil Haram selepas menunaikan solat Subuh
Afeef & Eirfaan keletihan sementara menunggu ayahnya mengambil air zam zam di Masjidil Haram
Gambar kenangan di hadapan Ka'abah selepas menunaikan Tawaf Wida'
Bergambar bersama keluarga tercinta berlatar belakangkan Masjid Nabawi, Madinah Al-Munawwarah
Di Jabal Rahmah bersama anak sulung, Afeef
Bergambar bersama keluarga di rumah sepupu isteri sebelum menunaikan Umrah
Gambar kenangan di hadapan Masjid Nabawi bersama Bonda, Ayanda dan keluarga tercinta
0 comments:
Post a Comment