Monday, December 14, 2009

Kursus Latihan Keusahawanan


5 December 2009 Sabtu, Putrajaya Satu kursus Latihan Keusahawanan anjuran Perbadanan Putrajaya telahpun diadakan di Bilik Mesyuarat 2, Kompleks Kejiranan Presint 16. Antara modul yang disediakan untuk para peserta untuk kursus dua hari ini ialah Modul 1 - Motivasi Keusahawanan (Dr. Marzuki Ibrahim), Modul 2 - Pengurusan Kewangan (En. Syahrin), Modul 3 - Pengurusan Pemasaran & Perkhidmatan (Dr. Wan Sabri Wan Husin), Modul 4 - Pengembangan Perniagaan (Wakil SME Bank), Modul 5 - Pembentukan Imej & Etika ( En. Kamarudin)

Para peserta terdiri daripada peniaga-peniaga dan usahawan di Putrajaya dan kawasan sekitarnya. Antara peserta yang mengambil bahagian termasuklah rakan kongsi "OTAI BURGER" yang telah mempunyai rakan Francais seramai 150 orang di seluruh negara. Yuran Francais yang dikenakan pula adalah RM18,000 (termasuk dengan khidmat nasihat dan bimbingan) sahaja.

Didalam modul 2 - Pengurusan Kewangan, En syahrin telah membahagikan topik kepada 4 bahagian iaitu a) Memahami Konsep Pengurusan Kewangan b) Mencapai Titik Pulang Modal (Break Even Point), Analisis Aliran Tunai dan Analisis Perbelanjaan dan Pendapatan.

Antara intipati pembentangan En. Syahrin termasuklah tentang satu pepatah berbunyi "Kewangan merupakan satu seni dan sains menguruskan wang" . Ramai antara kita tidak menyedari bahawa menguruskan kewangan merupakan satu proses seseorang individu / syarikat merancang masa hadapan didalam memenuhi matlamat peribadi / syarikat melalui pembangunan dan perlaksanaan perancangan kewangan yang menyeluruh.

Seorang CEO yang berjaya bukan hanya seorang yang faham tentang cara menyimpan rekod dan transaksi perniagaan malah mestilah seorang yang peka dengan persekitaran dan "sepak terajang" perniagaan itu sendiri. Beliau mestilah mahir didalam hal memuaskan hati pelanggan, malah mengetahui cara untuk melayani karenah birokrasi pihak yang berwajib serta pada masa yang sama memastikan kualiti produk / servis yang diberikan sentisa ditahap yang terbaik disamping kebajikan pekerja tidak diabaikan sama sekali.

Pihak Syahrin & Co. dengan kerjasama syarikat bersekutunya ACCESS BOUNDARY SDN. BHD. telahpun merancang untuk mengadakan bengkel dan kursus berkenaan tajuk "Pengurusan Kewangan" ini. Ini adalah kerana masa yang diberikan selama 2 jam untuk mengupas topik ini tempohari tidak mencukupi dan diharap agar para peserta kursus latihan ini akan dapat menyertai kurus yang dirancang didalam masa terdekat ini.

0 comments: