Thursday, December 20, 2012

Futsal Friendly Match - Syahrinco United vs Ex-Syahrinco



19.12.2012 (Rabu), Sports Planet Kota Damansara - Satu perlawanan persahabatan di antara Syahrinco United dan Ex-Syahrinco telah diadakan pada hari ini.

Penampilan sulung skuad Syahrinco United adalah bertujuan untuk menguji pasukan seperti yang dilakukan oleh coach K.Rajagobal ke atas pasukan kebangsaan Malaysia.

Tanpa kehadiran dua ayam tambatan Syahrinco United, Wan (Zack Haikal) dan Afaq (Mat Yo), Syahrinco United hanya beraksi sederhana hebat sahaja.

Team Ex-Syahrinco yang diketuai oleh Saiful Idham (a.k.a Denk) pula, tampak langsung tidak memberi muka kepada Syahrinco United. Namun dengan perancang utama Super Star Rezal, Ahmad dan pemain-pemain Syahrinco United dapat juga menjaringkan beberapa gol.

Syahrinco United berhasrat untuk memperkukuhkan skuad dengan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan di masa akan datang.

Barisan Syahrinco United
Hadir - Fazri (Sas), Syafiq (Rahim), Ding (Fahmi Che' Mat), Ahmad (Zaquan), Rezal (Salee)
Tidak Hadir - Wan (Zack Haikal), Afaq (Mat Yo)

Barisan Ex-Syahrinco:
Hadir - Denk, Lutfi, Kawan Denk 1, Kawan Denk 2, Kawan Denk 3
Tidak Hadir - Daus

p/s: Malam tu Safee Salee yang sepatutnya main final AFF Suzuki Cup tapi tak layak pun main gak kat court sebelah.
Admin,
Fazri Mukhtar

0 comments: