Sunday, November 8, 2009

Seminar Bajet 2010


4 November 2009, Rabu bertempat di Dewan Tun Dr. Ismail, PWTC telah berlangsungnya Seminar Bajet 2010 anjuran PERSATUAN AKAUNTAN PERCUKAIAN MALAYSIA.

Syahrin & Co. telah diwakili oleh En. Syahrin, En. Muaffaq dan Cik Naziana untuk bersama-sama dengan wakil cukai, akauntan, auditor, setiausaha syarikat dan "practitioners" yang lain mendengar kupasan dan komentar dari panel-panel yang berpengalaman mengenai Bajet 2010 seperti yang telah dibentangkan oleh PM baru-baru ini.

Antara topik yang menarik ialah Bajet 2010 dari perspektif Ekonomi, Cadangan berkaitan Cukai Langsung dan Insentif Cukai, Isu berkaitan Cukai Tak Langsung dan isu GST. Disamping itu diadakan juga dialog isu cukai semasa yang antara lain panelnya terdiri daripada wakil Kementerian Kewangan Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan wakil dari Ernst & Young Tax Consultants S/B.

Majlis telah dirasmikan oleh Y.B Timbalan Menteri Kewangan II iaitu Senator Datuk Dr. Awang Adek B. Hussin.

Secara keseluruhannya seminar ini telahpun mencapai objektifnya dan sedikit sebanyak telah memberikan gambaran lebih jelas tentang sebarang isu dan perubahan yang mesti di kemaskini oleh Agen Cukai khasnya.

Isu berkaitan dengan RPGT (Cukai hartanah) yang baru diperkenalkan semula dan Interest charges RM50 untuk setiap keping Kad Kredit juga telah mendominasi seminar kali ini.

Diharap agar pada masa hadapan Firma Syahrin & Co. akan meneruskan penghantaran wakilnya ke seminar Bajet seperti ini agar ianya dapat meningkatkan lagi kualiti dan tahap pemahaman staff dan seterusnya meningkatkan mutu kerja dan memberikan servis yang terbaik kepada setiap pelanggannya.

Amin

0 comments: