Monday, November 23, 2009

Kejohanan Paintball Terbuka PROLINTAS 2009


21 Nov 2009 Sabtu, Subang Jaya Satu kejohanan Paintball terbuka PROLINTAS telah diadakan di TT Sports Subang Jaya.

En. Syahrin bersama-sama dengan En. Amrul Hisyam telah menyertai kejohanan kali ini diatas tiket syarikat DANA INTELEK SDN. BHD. Walaupun ini adalah pertama kali kami memegang "marker" nama lain untuk senapang (didalamnya ada peluru bersaiz sebiji guli & berwarna-warni) namun kami "buat-buat terror" sahaja masuk ke gelanggang dan menghadapi saingan dari pihak musuh (team-team yang sememangnya terror).

Kejohanan berlangsung dengan jumlah pasukan yang mengambil bahagian dianggarkan sekitar 42 pasukan. Setiap kumpulan terdiri daripada 6 buah pasukan dan dijalankan secara "round robin". Setelah 3 kali tewas (habis lebam-lebam satu badan) kami pun mengambil keputusan untuk balik awal..(letih dah tua-tua nak main tembak -tembak dengan budak-budak ni..) walaupun ada tiga lagi game untuk dihabiskan.

Moral of the story..elok juga kalau satu hari nanti Firma Syahrin & Co. mengadakan pertandingan paintball seperti ini kerana ianya dapat melepaskan tension ( best bila tengok ada mamat kena keluar lepas kena tembak dengan kita) dan seterusnya dapat mengeratkan silaturrahim antara kita.

Bila lagi nak lepas tension tembak boss betul tak?

2 comments:

Bagus jugak idea tuh. Nak buat futsal, kumbang 2 ekor jer. Ishk..ishk...ishk...

Afaq said...

Ha..ha..ha...
cadangan yang bernas tu...
bole lepaskan tension penat keje
kat ofis, sambil tembak bos sendiri..
(jangan marah eh kalau kena tembak nanti sebab tu cadangan
asal drp bos sendiri..hehe).
Bole la nanti Syahrin & Co. organize main game paint ball tu...
xpe, saya sy akan bwk cadangan bernas
ni dalam meeting...