Monday, November 16, 2009

Misi Dagang DPMM Putrajaya


12 November 2009 (Khamis) Putrajaya Satu mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (Putrajaya) telah diadakan pada pukul 11.am di pejabat DPMM Precinct 9 Putrajaya.

Hasil daripada perbincangan tentang isu-isu yang berkaitan dengan hala tuju dan visi perniagaan orang Melayu khususnya, En Syahrin telah menyarankan agar satu taklimat diadakan oleh DPMM Putrajaya untuk memberi penerangan kepada ahli-ahlinya tentang perkembangan terkini aktiviti Dewan.

Dengan itu pihak Jawankuasa Pengurusan DPMM Putrajaya telah mengambil keputusan untuk mengadakan "Hari Bersama Ahli - Misi Dagang DPMM Putrajaya : Peluang & Cabaran" pada 21 November (Sabtu), masa 9.00am - 12.30pm. Sebarang maklumat lanjut bolehlah melayari website http://dpmmptj.org.my/

Sesiapa yang berminat bolehlah mengambil peluang ini untuk mendengar sendiri taklimat daripada En. Zaidi (Setiausaha Kehormat) tentang misi dagang ini dan hala tujunya termasuk berpeluang untuk menanyakan sendiri sebarang soalan jika terdapat sebarang kemusyikilan.

0 comments: