Wednesday, January 13, 2010

Harta Pusaka (Bab 1)


Rasulullah S.A.W menyatakan dalam hadisnya:

"Barangsiapa yang meninggalkan suatu hak atau suatu harta, maka hak atau harta itu adalah untuk ahli warisnya setelah kematiannya"

Harta pusaka ialah segala apa yang ditinggalkan oleh Simati samada harta yang berbentuk Harta Alih mahupun Harta Tidak Alih

Secara asasnya, harta pusaka adalah seperti berikut:
a) Hutang-hutang orang kepada simati
b) Benda-benda yang bergerak (Harta Alih)
c) Benda-benda tetap (Harta Tidak Alih)
d) Harta-harta yang digadaikan oleh simati
e) Harta diluar negara
f) Barang yang telah dibeli oleh simati semasa hidupnya tetapi tidak sempat diambil / diserahkan kepadanya

Jenis-jenis harta pusaka (Harta Alih)
a) Kereta / motor / sampan / bot / basikal / enjin jet...
b) Binatang ternakan
c) Wang Tunai
d) Wang simpanan di bank / bawah bantal
e) Simpanan KWSP / Tabung haji
f) Saham di Bursa Malaysia / syarikat Sdn. Bhd. / Koperasi / ASB
g) Intan / Berlian / Emas / Perak / Gangsa dan sewaktu dengannya
h) Pampasan pengambilan tanah / Insuran / Takaful
i) Dan lain-lain yang sewaktu dengannya

Jenis-jenis harta pusaka (Harta Tidak Alih)
a) Tanah yang sememangnya jelas didalam geran tertulis namanya
b) Tanah yang dipajakkan semasa hayatnya
c) Tanah yang sepatutnya dipindah milik kepada simati daripada pusaka yang sedang dibahagikan
d) Sesuatu kepentingan oleh simati didalam gadaian atau pajakan
e) Tanah yang dipegang oleh seseorang bagi pihak simati samada oleh pemegang Amanah, Pentadbir atau Wakil
f) Dan lain-lain yang sewaktu dengannya

Cukuplah dulu untuk kali ini..akan bersambung dilain waktu...tetapi ingat..hukum mempelajari Ilmu Faraid ini adalah Fardu Kifayah.

0 comments: