Sunday, January 3, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010!!




Kuala Lumpur, 1 Januari 2010 , Jumaat : Hari ini merupakan hari pertama kita memasuki tahun 2010. Sebagai sebuah Firma yang ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2003, Syahrin & Co. (Firma Perunding Perakaunan) akan genap tujuh tahun beroperasi manakala Firma Bersekutu, Syahmas Management (Firma Perunding Kesetiausahaan Syarikat) akan memasuki usia 11 tahun beroperasi.

Diharapkan semoga Allah memberikan rahmat dan keberkatan kepada Firma ini dan juga setiap ahli "keluarganya". Sudah tentu perjalanan masih jauh lagi untuk Firma ini berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan Firma-firma yang lain di negara kita ini namun diharapkan dengan iltizam dan semangat yang tinggi Insyallah kita akan dapat bersama-sama menggapai kejayaan.

"Patah Tumbuh Hilang Berganti" begitulah boleh diibaratkan dengan ahli keluarga Firma ini sepanjang 7 tahun beroperasi dan ada antaranya telah berkhidmat di Wisma Putra, RHB Bank, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Firma Audit "Big Four" malah ada yang sedang menyambung pelajaran di pusat pengajian tinggi didalam dan diluar negara. Namun diharapkan agar tali persaudaraan sesama kita tidak akan putus malah dan dipereratkan lagi.

Pihak pengurusan ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada En. Mohd Fazri Bin Mukhtar, Pn. Surina Binti Rusli dan En. Mohd Muaffaq Bin Yahya kerana telah berkhidmat dengan Firma ini menjangkau 4 tahun. Diharapkan agar mereka ini dapat meneruskan khidmat mereka disini disamping terus meningkatkan prestasi diri dan juga Firma. Semoga mereka ini dapat memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada staf-staf yang lebih junior agar mereka dapat meningkatkan prestasi mereka dari masa ke semasa.

Pihak pengurusan juga amat berharap agar suatu masa nanti Firma ini akan pergi lebih jauh lagi didalam industri ini malah memberikan perkhidmatan yang lebih baik lagi dari masa kesemasa kepada pelanggan-pelanggan kami. Firma ini juga akan terus mencari peluang-peluang perniagaan baru agar skop dan bidang khidmat nasihat yang ditawarkan kepada pelanggan diperluaskan lagi.

Semoga kita akan berjaya. Amin.

Tahun baru 2010 juga merupakan detik bersejarah kepada Serina Chef Wan kerana telah menamatkan zaman bujangnya pada 1 Januari 2010 .

Pn. Mastura dan En. Syahrin telah menerima jemputan untuk menghadiri majlis perkahwinan 3 hari 3 malam yang sungguh meriah ini. Kepada Serina..Semoga kekal hingga ke akhir hayat dan kepada Chef Wan..kami sedia menunggu panggilan untuk urusan bisnis...ehemmm..Insyaallah..segalanya mungkin..!

3 comments:

Anonymous said...

Tahniah kepada Staff Syahrin & Co ..Terutama Surina, Mohd Fazri, Mohd Muaffaq Semoga Kekal dalam kerjaya ..masing2 ..

Thanks to Syahrin & Co. and Syahmas Management for the joy and tears, for the priceless experience and for the valuable thoughts throughout the years. Happy to be here yet much more to learn. HAPPY NEW YEAR!!

Anonymous said...

slm 1 MALAYSIA utk suma.....hhehehehehe,kcewa kmi ngan ko fazri,time kmi byk keja,byk msa utk dtg keja ko x pggil pun kmi..smpai tbal je muka kmi tnya2 ko ada keja ke x????????pas2 skang ni ko pggil kmi yg time2 kminya klaz smpai ptg....bukan kmi x nak dtg ko pam2la jadual kmi ni x ten2.....:O(....cam je ko x tau kmi ni sntesa ingin mncari rezki yg HALAL!!!!!!!!!!!!last skali APA JG SALA KMI NI??????hhhehhehhe.DR KAMI lerr.