Friday, January 8, 2010

LAWATAN AUDIT CUKAI


Sebelum tahun 2000, pihak LHDN telah menggunakan sistem yang dikenali sebagai Official Syatem atau OAS, tetapi bermula dari tahun 2001, pihak LHDN telah beralih kepada Sistem Taksiran Sendiri (STS) untuk syarikat, dan mulai tahun 2004, sistem ini telah diperluaskan meliputi semua kategori pembayar cukai.

Bermulanya STS ini bermakna pembayar cukai dibenarkan membayar cukai secara sukarela untuk jumlah pendapatan dan cukai yang dikenakan. Untuk memastikan laporan dan penyata kewangan yang dihantar kepada LHDN adalah benar, maka semakan akan dilakukan oleh pegawai audit LHDN. Semakan audit ini dipanggil AUDIT CUKAI.

Petunjuk digunakan untuk lawatan ini ada berbagai kaedah. Antaranya ialah apabila Borang Nyata cukai menunjukkan margin keuntungan yang dilaporkan seseorang / syarikat adalah lebih rendah daripada purata industri (industri Average).

Pada kebiasaannya, LHDN akan memberitahu pembayar cukai tentang kedatangan mereka ke premis pembayar cukai dua minggu sebelum kedatangan mereka. Seksyen 78 dan 79 Akta Cukai Pendapatan 1967 memberi kuasa kepada pegawai audit LHDN untuk meminta dokumen-dokumen sokongan seperti lejar, invois, dokumen sokongan tentang perbelanjaan dan pendapatan dan dokumen lain yang relevan dalam penyediaan penyata kewangan.

Jikalau pembayar cukai mempunyai agen cukai, berhubunglah dengan mereka untuk membuat persediaan yang sepatutnya seperti tentang penyediaan dokumen sokongan kerana dibawah seksyen 82 Akta Cukai pendapatan 1967, pembayar cukai diwajibkan menyimpan rekod syarikat selama 7 tahun.

Renung-renungkan lah...

0 comments: